Thursday, February 23, 2012

translet..


pada suatu masa dahulu, di dalam kerajaan buah-buahan dan sayur-sayuran,ada sebiji buah yang sangat sombong dan angkuh. buah itu sangat pemarah dan tidak suka dirinya di ganggu buah itu juga sangat hodoh kerana badannya penuh duri. buah itu ialah buah durian.
dia sangat dengki kepada buah strawberi,epal, mangga kerana kulit mereka mempunyai warna yang menarik,kulit mereka juga sangat licin. durian selalu bertindak ganas apabila dia berjumpa dengan buah strawberi dan buah-buahan yang lain.
sedang durian sedang berehat,tiba-tiba dia terfikir untuk merosakkan musuhnya itu,”alangkah baiknya kalau aku langgar dan tindik mereka. biar kulit mereka menjadi hodoh”kata duarian. “aku akan rosakkan mereka pada malam nanti semasa mereka sedang tidur”kata durian kepada dirinya.
pada masa itu si lobak mendengar rancangan jahat durian,dia terus berlari dan memberi tahu kepada raja buah iaitu rambutan.rambutan berasa sangat sedih kerana sikap durian yang dengki itu. rambutan mengadakan perjumpaan untuk mematahkan niat jahat durian. labu mencadangkan supaya lobak memakai sarung seperti strawberi,mereka semua bersetuju dengan cadangan labu.
pada malam itu lobak dan rakan-rakannya bersedia.mereka memakaikan lobak dengan sarung strawberi. tidak lama selepas itu, durian pun sampai,dia melihat strawberi sedang tidur.dia pun menggolekkan badannya keatas lobak..lobak mengelak daripada durian.durian sangat terkejut kerana dia menyangka itu adalah strawberi.ketika itu semua buah-buahan keluar dan menangkap durian.durian mengaku bersalah dan menyesal di atas perbuatannya.
dia telah di kenakan hukuman oleh raja rambutan. sebagai hukumannya dia telah dihukum supaya merasa setiap sayuran,terutamanya labu. durian sangat takut kerana rasa labu amat pahit.

No comments:

Post a Comment